General University Requirements

Syarat Am Universiti

Kelayakan Minimum STPM


Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas);
Dan

 Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;
Dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
 Dan

 Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM/Asasi UNIMAS


Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas);

Dan

 Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM/Asasi Sains UNIMAS dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

Dan

 Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf


Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas);

Dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

Atau

 Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am.

Atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi / Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Kelayakan Minimum STAM


Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas);

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Kelayakan Minimum A Level/ International Baccalaureate (IB)/ AUSMAT


Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas);

Dan

Lulusan GCE A Level/ International Baccalaureate Diploma (IB)/ AUSMAT yang diiktiraf kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat university

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya tahap 2 (Band 2) dalam ujian MUET/ Band 5.5 dalam ujian IELTS / score 500 dalam ujian TOEFL PBT/ score 59 dalam ujian TOEFL IBT.