Frequently Asked Questions

Urusan Pengambilan & Kemasukan Pelajar
S1: |
Apakah kelulusan yang melayakkan untuk permohonan ke program peringkat ijazah sarjana muda UNIMAS? |
J1: |
STPM, Matrikulasi/Asasi, Diploma, STAM, Setaraf (A Level, International BACCALAUREATE & AUSMAT) |
S2: |
Apakah program-program ijazah sarjana muda yang ditawarkan? |
J2: |
Sila rujuk laman sesawang www.bpps.unimas.my |
S3: |
Apakah prosedur untuk mengikuti program pengajian di UNIMAS |
J3: |
Permohonan melalui Sistem UPU secara online www.upu.mohe.gov.my |
S4: |
Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan? |
J4: |
Semakan melalui Sistem UPU secara online di web www.upu.mohe.gov.my |
S5: |
Sekiranya saya tidak berjaya, bagaimanakah untuk memohon rayuan? |
J5: |
Rayuan perlu dilakukan semula secara online di web www.upu.mohe.gov.my |
S6: |
Adakah permohonan dibenarkan secara manual? |
J6: |
Tidak |
S7: |
UNIMAS melaksanakan pengambilan pelajar baharu sebanyak berapa kali? |
J7: |
1 kali pengambilan sahaja |
S8: |
Siapakah yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan lanjut berhubung kemasukan pelajar? |
J8: |
Untuk pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Unit Pengambilan & Kemasukan di talian : 082 – 581165 & 581063 |
Urusan Penilaian Kursus
S1: |
Bolehkah saya mendaftar kursus tersebut walaupun kuota kursus telah penuh? |
J1: |
Anda masih boleh mendaftar kursus tersebut sekiranya permohonan penambahan kuota diluluskan fakulti. Anda adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada fakulti yang menawarkan kursus tersebut. |
S2: |
Bagaimana sekiranya kursus yang hendak didaftar bertindih jadual waktu dengan kursus yang lain? |
J2: |
Anda adalah dikehendaki untuk merujuk dengan fakulti masing-masing. |
S3: |
Adakah saya dibenarkan untuk mendaftar kursus yang lain apabila saya sedang mengikuti Latihan Industri? |
J3: |
Anda tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus yang lain apabila anda sedang mengikuti Latihan Industri. |
S4: |
Berapakah had maksimum pendaftaran kursus semasa Antarsesi? |
J4: |
Had maksimum pendaftaran kursus semasa Antarsesi adalah lapan (8) jam kredit sahaja. |
S5: |
Adakah saya dibenarkan untuk mendaftar kursus teras semasa Antarsesi? |
J5: |
Pendaftaran kursus teras pada Antarsesi hanya dibenarkan untuk pelajar Tahun Akhir yang perlu mengulang kursus bagi keperluan bergraduat sahaja tertakluk kepada kelulusan Fakulti. |
S6: |
Saya memperolehi PNGK 2.44 pada semester lepas. Berapakah jumlah kredit maksimum yang dibenarkan untuk saya ambil pada semester ini. |
J6: |
Bagi pelajar yang mendapat PNGK 2.50 dan ke bawah, kredit maksimum yang dibenarkan ialah 15 kredit sahaja. |
S7: |
Pada semester lepas, saya telah mendapat status Lulus Bersyarat (LB). Apakah had maksimum kredit yang saya boleh daftar? |
J7: |
Kredit maksimum yang dibenarkan ialah dua belas kredit sahaja. |
Urusan Senat dan Pengijazahan
S1: |
Bagaimana untuk memohon cetakan semula transkrip atau/dan sijil? |
||||||||||||
J1: |
Permohonan boleh dibuat melalui surat atau emel ke Bahagian Pengajian Prasiswazah. (adminbpps@unimas.my) |
||||||||||||
S2: |
Adakan cetakan semula transkrip atau/dan sijil dikenakan sebarang bayaran? |
||||||||||||
J2: |
Ya. Jumlah bayaran yang dikenakan ke atas pelajar adalah seperti berikut:
|
||||||||||||
S3: |
Bagaimana cara untuk pelajar membuat bayaran? |
||||||||||||
J3: |
Bayaran cetakan semula transkrip atau sijil boleh dilakukan melalui e-Payment UNIMAS http://payportal.unimas.my/epayment/ atau secara kad kredit/kad debit di Kaunter Unit Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari, UNIMAS. |
Urusan Pentadbiran dan Kewangan
S1: |
Apakah prosedur untuk memohon surat pengesahan pelajar untuk pengeluaran KWSP? |
J1: |
Isi borang di Microsite BPPs https://vlepf.ia.unimas.my/ BPPs-30. Rujuk carta alir permohonan. |
S2: |
Sekiranya saya belum membuat pendaftaran semester, adakah saya boleh membuat permohonan? |
J2: |
Anda hendaklah membuat pendaftaran semester terlebih dahulu sekiranya pengeluaran KWSP dibuat untuk semester tersebut. |
S3: |
Bagaimana cara untuk memohon dan mendapatkan surat pengesahan pendaftaran pelajar sekiranya tidak berada di kampus. |
J3: |
Permohonan boleh dibuat dengan e-mel borang permohonan berserta dokumen sokongan di alamat e-mel yang tertera pada borang dan surat akan di pos ke alamat pemohon. |
S4: |
Bolehkah pembayaran yuran pengajian dan yuran kolej dibuat dengan pengeluaran KWSP? |
J4: |
Boleh. |
S5: |
Bolehkah pengeluaran KWSP dibuat untuk Yuran Penginapan Kolej Dahlia? |
J5: |
Boleh, dengan mengemukakan permohonan beserta resit rasmi daripada UNIMAS HOLDINGS Sdn Bhd. |